|
orang lain duk kat bawah. tengok orang lapah lembu. duduk dengan orang yang datang. aku duduk kat atas jadi 'kera sumbang'. entah. tak ada mood nak turun. ada ke nak kena dengan mood baru nak turun? apa lah mu ni piya~! ada beberapa perkara ni nak tulis. jom listkan kejap. 1. maafkan. 2. blog baru 3. kenapa nak ambil lesen kereta? 4. homemaker trainee?? SATU. em... susah ke nak maafkan orang? hampir berbulan-... bukan. sepanjang tahun ini benda tu memang menghantui aku. sejak KBM itu terutamanya. susah sangat ke nak maafkan orang? susah sangat ke nak lupakan kesalahan orang? aku dulu... ya. aku yakin. aku dulu.... aku dulu susah jugak nak maafkan orang dan lupakan apa yang telah beliau lakukan. tapi suatu hari yang hening, DIA ilhamkan aku baca terjemahan al-qur'an. hening ke hari tu? entah. ehe. terjemahannya ; "PERKATAAN YANG BAIK DAN PEMBERIAN MAAF* LEBIH BAIK DARIPADA SEDEKAH YANG DIIRINGI TINDAKAN YANG MENYAKITI. ALLAH MAHAKAYA, MAHA PENYANTUN." [2:263] *perkataan yang baik, menolak dengan cara yang baik, dan pemberian maaf ialah memaafkan tingkah laku yang kurang sopan dari peminta. makanya? aku pernah berbahas dengan seorang kawan tentang maaf ini. tentang maksud namanya yang bermaksud pemaaf. dia tidak mengaku. dia lagi suka sebut... apa ya lagi satu maksud tu. aku pun lupa. tapi aku suka panggil dia dengan nama itu dengan maksud pemaaf. em. dia tidak suka sebab dia tidak mudah memaafkan dan melupakan. ehehe. suka hati dia lah. hak dia. apa yang aku nak sebutkan disini, dalam suratNYA pun dah kata memaafkan itu adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. jadi? dalam hadis... aku tak ingat dan tak perasan pula pasal maaf ini. kita tengok peribadi rasulullah s.a.w sendiri yang boleh memaafkan. kenapa tidak kita mencontohi baginda? ya. ini untuk aku sendiri jugek. cuma aku nak tulis jugak-jugak kat sini. apa yang baginda s.a.w buat, itu adalah sunnah. bila kita amalkan sunnah, tanda kita cintakan rasul kan? senangnya menaip ek? teringat pulak dalam Tentang... Dhiya karya Syud. Azril ke Lisa yang kata, "kalau musuh, maafkan dan lupakan. kalau kawan, maafkan dan tak lupa." lebih kurang gitu lah. dia kata kalau musuh buat apa nak ingat kan? forgive and forget. lagipun, kita sendiri bukan tak pernah buat silap. apa perasaannya bila kita minta maaf, orang tu tak nak maafkan kita? tak ke kita juga yang sengsara. memanglah selepas tiga kali kita minta, dia tak bagi, tinggal dia dengan DIA je. tapi sedikit sebanyak gundah juga kan? hurnm. let's think. DUA. blog baru. hehe. makanya, aku dah putuskan untuk membuka blog baru baru 11/12/2008. insya Allah. aku pilih blogger.com. haha. apsal pulak? sebab dapat cari banyak layout yang best! ehe. kat pyzam.com. baru perasan blog mitsui itu layoutnya dari pyzam.com. momo yang sibuk mencari. nantilah aku tulis last entry pada 11 haribulan tu. kenapa 11 haribulan? sebab tarikh tu pada dua tahun lepas aku telah membuat e-mail baru yang alexander.weirdo tuh. *wink* *wink* blogdrive ini pulak aku akan tinggal berhabuk gini je. haha. mane tahu ada manfaatnya. o ye. rasa nak delete entry before SPM tu. ahah. aku pernah letak apa-apa yang sebegitu bermanfaat ke dalam blog ni? bila fikir-fikir balik la kan. ehe. rasanya komen dengan penuh emosi tu ada la. jadi aku minta maaf sekali lagi. huhu. tahu pun! TIGA. kenapa nak ambil lesen kereta? sebab... supaya mudah tolong ummi dan ayah bila-bila tak ada orang yang boleh bawak kereta selain aku. ehe. supaya nanti-nanti ada kerja yang ummi dan ayah tengah letih dan juga orang lain, aku boleh tolong. ingat ya piyah, bukan untuk jenjalan!!! he. semoga juga untuk memudahkan aku dan yiba ke program. haha. mudah-mudahan. tak mula lagi pun. benda masih terbang dengan angin. hehe. inna ma'al 'usri yusro. saje je tulis. ingatkan diri sendiri!! tajdiidul niyyah! EMPAT. homemaker trainee. dah berapa lama aku duk sebut. tapi aku tak mula lagi jugak! huhu. ingatkan diri sendiri jugak! buat piyah! jangan atas angin je! tak laku~ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADH-HA~
|
| Leave a Comment: |