peace!
"
pagi yang gelap kini sudah cerah..."
malam sebelum malam tadi, dah online berjam-jam. pagi ini pun berjam-jam jugak. ehe. sepatutnya tak boleh ni. huuuuuuuuuu.....
masa malam sebelum malam tadi tu, punya la excited update blog kat friendster tu. sekali, tak boleh post!! hampagas! geram je. huhu. dah tukar layout blog tu jugak. ambil gambar tulip. ehe. terus ingat k.eita. addin? haha. teringat kat addin dalam tunas dan Aa+Bb pulak.
semalam sepatutnya ada usrah gabungan. tetapi telah ditangguhkan.
aku sudah merdeka daripada SPM. tapi bayang-bayang dia ada lagi. kenapa? sebab keputusannya sedang menghampiri.
betapa terasa laju gila masa berlalu. tup tup, dah habis SPM dah aku ni. memula rasa cam kosong. blurr je dah habis SPM. aku nak buat apa ni? tengok buku-buku sekolah yang sangat banyak. oh la~ banyak lagi tu tak habis. kena buat ni sepanjang cuti belajar ni. haha. bukan lagi cuti sekolah. dah habis sekolah kan? ^-^
banyak dah rancang apa nak buat lepas periksa. salah satunya, nak jadi bibik. haha! kawan-kawan aku semua gelak bila kata gitu. haha! masa tak semangat nak jadi doktor pun aku kata, "
belajar kat universiti bidang apa-apa sahaja. grad, jadi bibik. educated bibik." ehe. ada yang balas, "
buat apa gitu? habis duit je." haha. tidak bagi aku. ehe. tapi sanggup ke nak buat betul? hue3.
ingat senang ke nak jadi bibik? em... nak buat kerja bibik? ehe. house chores tu. tapi puas hati bila buat. aku ni bila nak buat kerja-kerja rumah ni aku ada masalah. aku suka buat sensorang. hailo. tak reti nak bekerjasama.. oh, problema! tengok la dua hari lepas! aku masa tu nak kemas bilik aku yang serabai dengan kertas-kertas atas meja dan katil. lantai beres! haha! sekali momo chan pun berkemas juga. tiba-tiba dia bagi cadangan, "
kita ni suka tidur kat satu tempat je. apa kata kita pisahkan bilik tidur dengan bilik buku. lepas tu nak semakkan bilik buku pun tak pe, bilik tidur jangan kacau." aku pun, ok gak! ho. maka berpindahlah katil dalam bilikku ke biliknya. jadi, tidak ada lagi
BILIK AKU, BILIKMU. yang ada
BILIK TIDUR, BILIK BUKU. ehe. tapi aku tidur jugak kat bilik buku ni. bilik buku ni memang letak buku lah. closet bilik ni sudah penuh dengan kotak dan bagasi yang penuh dengan buku dan dokumen dilantainya.
rasa macam nak buat blog baru. tak tau lagi nak buat kat wordpress ke, blogger ke, blogdrive ke.... blogdrive bab-bab letak gambar sangat leceh. sebab nanti berat. jadi slow je bila bukak blog. bila scroll down lambat je. blogger best jugak. tapi aku tak nak. wordpress... em. friendster tu aku rasa cam wordpress. tapi bilamana aku taip entri yang panjang dengan gambar-gambar dia tak nak publish tu, aku jadi sangsi pulak. ehe. tengoklah dulu. waha.
ok.
o ye. nanti ada reunion untuk batch sekolah rendah yang masa darjah 6 duli. nak tahu, aku kena jadi mc! teringat yang tahun lepas aku tak nak jadi mc tu. ehe. sebenarnya best jadi mc. haha. yakin diri. ho... cuma yang aku tak sanggup dengan komen orang. waiya~ biarlah. ambil yang jernih, buang yang keruh!!! ^-^ hari tu, minggu kedua terakhir sekolah, aku jadi mc kat sekolah. haha! sebelum tu memang aku sangat tak sabar nak jadi mc. ehe. sebab syok je tengok adik-adik jadi mc. best. best. lala~
insya Allah nak buat.....
list nak buat sepanjang 5 bulan :
1 - jadi BIBIK. hehe.
HOMEMAKER TRAINEE.
2 - lesen kereta. [xmula lagi.

]
3 - menulis.
4 - membaca. [banyak gila novel dan lain-lain buku menunggu untuk dibaca.

]
5 - silangkata. [haha. tiba-tiba lepas raya tu, minat buat. nak-nak pulak boleh buat sampai habis sendiri! haha! hari tu boleh buat sampai habis sensorang, suka gilak. sekali baca tarikh tutup, esok nya dah! aku baru nak batalkan... lala kata, "
hantar je la..." aku pun terfikir. ha ah. dimana ada kehendak, disitu ada jalan. ada rezeki aku, dapat la kan? hehe! aku jugak sedang gila nak masuk contest dalam majalah. aku suka buat dalam FOKUS SPM, dewan siswa dan quest. ehe.]
okes.
tata.
| What Your Cute Monster Says About You |
You are a vibrant, vivacious person. When you live, you live as wildly and loudly as possible. You are very bold. You are willing to stand up and be a leader.
Your inner demon is intensity. You have a tendency to let your passions take over. People think you're cute because you're fiery. When you get worked up, it's charming. |