Lilypie Date is set Ticker

Lilypie Date is set Ticker


I-S-A ; Ini Sejarah Aku


Friday, August 29, 2008
tiga perkara

biasanya 5 sebelum 5. hari ni aku nak coretkan disini tiga perkara.

MERDEKA.
ya. tahniah kepada Tunku Abdul Rahman kerana telah berjaya merdekakan Tanah Melayu daripada jajahan British pada zahirnya. secara batinnya Perlembagaan Negara ini masih dijajah British! itu satu perkara. apa-apa pun, Al-fatihah kepada beliau.
masyarakat kita belum merdeka juga. aha. aku tidak teringin untuk menulis mengenai masyarakat. aku bukan ahli dewan masyarakat. aku nak cakap pasal diri aku. aku juga belum sejahtera dan merdeka sepenuhnya. aku belum merdeka secara total untuk melakukan kebaikan untuk aku dan juga mereka disekeliling aku. aku belum merdeka daripada melakukan dosa. aku belum merdeka daripada penyakit malas. sekarang, aku belum merdeka daripada tekanan-tekanan peperiksaan SPM! jadi, aku tidak merdeka! dan sesungguhnya aku akan kekal sebagai hamba kepada DIA YANG MENCIPTAKAN.

RAMADHAN.
semua muslim sedang bergembira dengan kedatangan ramadhan. AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN! dan berdo'a, "ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN". tiga hari lagi. madrasah tarbiyah. orang kata bulan top-up amalan. boleh la untuk memulakan cinta dengan waktu sebelum subuh. masa itu sungguh menenangkan! boleh dating dengan rasa yang sungguh... sungguh. perasaan itu menakjubkan dan bertuahlah bagi mereka yang bangun. apalgi bila menyucikan jiwa. sudah ada janji-janjiNYA. apa-apa pun, siapkan rumah untuk ramadhan! lebih kepada ingatkan diri aku sendiri senarnya.

SPM.
that's it. 1 ramadhan mula percubaan. aku sungguh nervous dan hampir-hampir nak terkaku, it's like, "apa nak buat ni? nak study apa?" urk. no worries myself, keep it simple and do your best and leave the rest to Him. aku telah daftar untuk masuk intensif dekat PTAK selama sebulan setengah. ya. last minute punya plan sebelum SPM. aku dah tak tahu sangat-sangat dah. rasa lost. dan rasa seperti cerita dalam "looking glass" tu pula.

selamat pulang kepada tiga orang kakakku, Lala, Momo dan Yummy neechan. nanti ambil aku daripada program Ahad, 080831 dekat Pejabat Ukur tanah ya! tanya ummi dekat mana. Big Smile

selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM malaysia. ehe. khasnya kepada Pijah dan Mc10 yang membaca blog ini. juga teman-teman aku di sekolah menengah dan rendah serta tadika serta seprogram. hu.

selamat menyambut kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi" [3:8]

Posted at 06:37 pm by sufiyyah
(1) oRchiD bLoOmEd  




Wednesday, August 20, 2008
Kenanga

kenanga. apakah itu? setahu saya, kenanga ialah sejenis bunga yang berbau harum dan ianya tak sedap bau bagi mereka yang tak reti nak berfikir. ehe. nenek saya di Pulai Chondong suka pakai dikepalanya dan ada pokok kat rumahnya. tak silap aku, dalam kediaman Tengku Mahkota kelantan juga ada. hehe. daun pokok ni ada iras-iras pokok mangga bila diperhatikan!! mana aku buat survey ni? dekat kediaman TM di Telipot!
sudah. itu bukan topik utama.
cuti dah nak habis!!! trial tak sampai sejengkal pun lagi. abaikan.
jumaat tak pergi tuisyen. ehe. entah kenapa. petang tu juga skuad JIM kelantan ke Kemaman. sukan peringkat pantai timur. aku dan Yiba tak ikut~ hanya da boys ikut ummi ayah. mlmh Hayani dan cik Linie datang bermalam.
esoknya hantar Yiba yang nak bertolak ke Setiawan Perak untuk naik pangkat. semoga kepulangannya nanti membawa staf sarjan dan mesti ingat, menggalas amanah! dia sorang je pelajar perempuan yang pergi. alhamdulillah ada mu'allimah SRI dua orang. 3 orang baniin yang pergi. aku pula pergi ke mana? ke Sri Aur resort. ke village ek? kem SPM. 8 orang sahaja calon yang hadir. Big Smile memang terok lah batch aku ni. entah kenapa, batch aku ni bila tiba je tahun periksa ada-ada je perangai alien. dan tahun ini paling alien sebab memang ramai alien masuk! dan yang pergi kem ni, alien2 itulah yang tidak ada. biarkan. aman hidup kami tanpa mereka. sungguh.
sesi pertama adalah untuk subjek Fizik dan Prinsip Akaun. baru aku tahu betapa senang nak dapat markah kertas 3 Fizik. apa yang penting? variables! bukan kerjasama. haha! dalam periksa tak ada kerjasama ya! ianya hak individu. seolah-olah hari Penimbangan nanti. amalan tidak dikira dalam jema'ah tetapi untuk individu itu sendiri! malam itu buat Maths. semuanya lalok. ngantuk. ehe. aku pun cam kegilaan sedikit. ehe. SSZ itu pulak tidak puas hati dengan NK. memanglah budak-budak ini.
ahad pulak teknik PSI. em. kiranya mudah jugak. hoho. tengahari itu BM. tapi tak jalan. petang itu sejarah. haha. SSZ bentang tajuk pertama. dia sibuk duk care ke NK dan AR lagi. sengal. MZA sibuk mengkaji tajuk sendiri. selepas SSZ itu, MZA bentang tajuk akhir. Perang Dunia kedUA!! pasal hitler... ntahkemende-meleamin nama tokoh tu. belgium. o ye. fakta tak dapat dilupakan, negara Itali adalah PENGKHIANAT! ehe. jerman. lagi? britannia. dan lain-lain. he.
malamnya adalah BBQ. barbecue. semua orang dalam gelap. banaat dekat buaian. o ye. ada yang menonton Lee Chong Wei dan Lin Dan. dan tiga orang itu; MZA, AR dan NK bersibuk-sibukan menyediakan tempat dan mula barbecue. ada peristiwa yang tak best berlaku. mereka telah bengang dengan baniin F3. he. aku tak nak komen. aku dan QA bosan. kami nak main kamera. hehe. nak ambil gambar ayam yang dibakar. tak berani memula. nanti jadi alien kat situ. aku tak kisah je sebenarnya. cuma aku takut dengan kata-kata orang. heh. apa nak takut ya? yang penting tujuan. eh? ehe. nampak mu'allimah disana. kami pun segera ke situ. disertai juga oleh NA. hanya tiga orang itu yang bertungkus-lumus untuk membakar. bahan-bahan bakar yang ada ialah daging ayam dan kambing. ehe. aku dan QA pengacau behind the scene yang bertauliah. perlawanan badminton langsung tak menarik perhatian aku. terlalu... bukan ramai. tapi separuh jugak la yang duk tercongok tengok kotak besi yang saiz lebih kurang monitor komputer aku ni tu. itu pasal aku menyendel dengan QA itu. ehe. lagipun Chong Wei kalah. he. sorry Pijah. aku suka lagi tengok Lin Dan yang rambut comey itu. hehe. tapi lagi best Chong Wei yang  menang.
aku orang last menjamu selera. aku makan daging kambing dan ayam. aha. daging kambing sungguh sedap! baru aku tahu. subhanallah~ malam tu aku beranikan diri jugak makan daging kambing tu. mu'allimah Zaleha yang tawarkan aku. aku makan lah sikit. best. sebelum ni aku takut ambil risiko sebab ummi kata aku allergy dengan daging binatang kaki empat bernama kambing itu. alhamdulillah, tak ada apa-apa yang berlaku. aku dah sembuh! bak kata Momo. tapi, pengajaran untuk aku. duk syok makan tu, lebah datang sengat muka aku. ouch! astaghfirullah! dan ia membengkak selepas aku balik dua hari lepas; selepas tidur.
esoknya, pagi adalah teknik untuk PQS. ayah kawan aku, jiran kawan aku, kawan kepada ummi dan ayah. tengahari itu adalah Biology. ehe. balik sebab ayah datang awal kerana ayah tak dapat ambil petang tu. maka, cik NH, SSZ, SSkAZ dan encik SHAZ tumpang untuk balik juga. sejam juga nak sampai rumah aku!
esoknya, semalam. kelas add maths dengan cikgu Chan. empat orang ke datang. SSk bawak kembarnya, SSl. hehe. o ye. masuk cikgu PSI dan PQS. nak buat contoh je, nikahwin. --" o ye, hari terakhir tu, AFY datang gak.
dan hari ini, aku; the only daughter in the house (bangga-bangga... he.) dan da five lil boyz akan ikut ummi ayah ke Penang. dua hari. huhu. semoga sejahtera perjalanan kami.
satu benda lagi. kita memang tak boleh expect manusia sekeliling kita ini dengan expectation yang sangat tinggi. sebab ianya akan menyebabkan kita nampak segala silap dia masa akan datang walaupun sebesar zarah dan padahal memang orang lain biasa buat. macam yang dah pernah aku taip kat sini. FIRST IMPRESSION. ehe. ianya memang sangat memberi kesan kepada peristiwa-peristiwa seterusnya. kuang-kuang. dan memang kitalah yang akan agak terseksa dengan expectation kita yang terlalu baik itu telah hancur dan juga berperang dengan diri kita supaya tidak terlalu su'uzzhon! Smile
maka begitulah. sekian sahaja daripada aku yang sedang berperang! yosh!

SELAMAT BERMUJAHADAH!

Posted at 08:35 am by sufiyyah
(2) oRchiDs bLoOmEd  




Sunday, August 10, 2008
life is wonderful

life is wonderful. benar sekali ayat ini. hidup ini ajaib. kan? ^-^
life is wonderful ni sebenarnya juga tajuk satu lagu jason mraz. argh. karat jahiliah. tadi, bukak blog seorang sahabat. sudah beberapa kali sebenarnya buka dan terdengar lagu yang dia letak kat blog tu. lagu tu macam akustik dan dengar je suara tu aku agak la jason mraz sebab suara sedap-sedap gitu. ehe. seterusnya, aku ni macam biasa. bila aku dengar sesuatu lagu itu kedengaran indah, aku akan mula berusaha untuk mencari liriknya. ya lah. lebih baik tahu lirik dia dahulu daripada aku duduk nanana ikut tu kan? bila cari, em. liriknya kurang ke tidak berfaedah ya? kurang la kut. tidak pun boleh. rugi sekali kerana melodinya agak best. soothing song? keke. masa nak cari lirik tu punya la susah kerana aku tidak tahu tajuk. maka aku terpaksa cari senarai lagu jason mraz. bila buka satu-satu, adalah dua lirik yang berjaya menarik hati aku mencuba dengar lagunya pula. setan circle. --" satu tu tajuk dia absolutely zero. aku dengar kat youtube sebab imeem tak boleh buka. tak best langsung melodinya. ehe. maka aku pun baca lagi lirik dia. em. tak berapa best sebenarnya. tapi sebab lagu dia mula dengan "you, you were my friend..." itu pasal la.
aku pun dengar life is wonderful pulak. lirik dia memang best sangat. em. teringat pulak dalam al-qur'an ada sebut yang hidup ini berpusing-pusing. ada ups and down. uhu. aku terlupa pula surah mana dan mana aku dapat. kena korek balik.
hari ni. lambat ke sekolah. bersalah kat ummi sebab sampai ummi kena hantar ke binjai. salah aku kah? salah jugak la. sebab aku gi tidur semula sampai pukul 6.10. dah bangun elok-elok pergi tidur pulak. mungkin sebab aku tahu ayah tak ada. ehe. entah kenapa. suasana memang lain bila ayah ada dan tak ada. ummi ada dan tak ada. ahmad ada dan tak ada. memang bila antara insan bertiga ini macam hilang in sight kut, rasa pelik. security aku rasa agak terancam. astaghfirullah. oh ya. seorang insan lagi. Yiba. ^-^ teman tidur dan bercakap aku. time aku rasa penakut sangat-sangat aku mesti kacau dia tidur. ehe. sengaja. sampai dia ada respond. selagi dia tak respond aku akan kacau juga untuk pastikan dia 'hidup'. maksud aku, tidur dia tak lena. he.
kerana khilafku dalam cuti dua hari ini sehingga pagi tadi, kertas matematik tambahan dan biologi 3 pun mendapat kesan juga. huhu.
ok lah.
nak pergi tunaikan pesanan ummi ; belajar. biar dapat keputusan cantik macam orang lain juga!
itu tujuan sampingan. yang penting menuju ghoyah asal. taat  ibu ayah, itu kewajipan. juga menjadi wasilah kepada ghoyatuna. ALLAH.

Posted at 09:34 pm by sufiyyah
(1) oRchiD bLoOmEd  




Friday, August 01, 2008
kembali

kembali ke pangkal jalan?
kembali kepada fitrah?
kembali kepada tempat asal?
dimanakah asalnya kita?

terasa nak tulis pasal kembali. he. hari ni aku kembali menyertai tuisyen Matematik Tambahan di Pusat Tuisyen Akademik KARISMA. betapa. betapa aku merindui perasaan hari ini. ^-^ apabila masuk ke kelas itu, rasa agak canggung kerana sudah sebulan setengah bersamaan 6 minggu aku tidak masuk ke situ. hari ini pun hampir-hampir aku tidak masuk. he. aku ni memang. bab-bab buat pilihan aku paling la tak suka. tapi, hidup ini hakikatnya adalah pilihan. nak bahagia atau sengsara? nak berjaya atau gagal? nak kebaikan atau kejahatan? kitalah yang menentukan hala tuju. bila masuk je kelas tu, rasa agak bersyukur sebab aku sempat jugak belajar tajuk Linear Motion along a Straight Line. he~ kat sekolah tak belajar. em. alhamdulillah, aku rasa tak ada lah susah sangat tajuk ni. Linear Programming lagi agak leceh. Big Smile tapi yang tak bestnya, aku ni kira belajar tak ada kepala la. masuk badan terus. haha. tapi cikgu baik. ulang. haha. lagi pun ramai jugak ya yang tak datang minggu lepas.
aku jadi berfikir. ya. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. pasti ada sesuatu yang DIA nak ajar kita. sebab tu la orang kata pengalaman tu guru yang baik ya? siapa yang bagi pengalaman tu ya?
semalam aku... mengajar ke bentang ya perkataan yang sesuai? mengajar lah kot. Logic Gates dalam Physics. ar... aku telah tidak berjaya mengawal EQ aku. aku tak nak dah ulang. bila semak balik, ada je cara lain sebenarnya. dan aku tak perlu rasa tension! Big Smile Keep It Simple, Sufiyyah! and Smile! aku jadi nak tergelak pulak bila ingat aku mengajar. baru aku tahu macam mana perasaan mu'allimah bila murid yang sedang diajarnya ketawa macam pontianak. lepas tu berhadapan dengan muka yang pelbagai mimik. agaknya macam mana mimik muka aku masa mu'allimah mengajar ya? teringat pula kata-kata yang aku terlepas, "nak orang hormat kita, kita kena hormat orang." aku belum memberikan penghormatan secara total kepada manusia-manusia disekeliling aku. patutlah. aku bukan mengajar sepenuhnya subtopik Logic Gates tu. aku hanya nak terangkan pasal truth table tu aja. tapi mereka dahagakan ilmu. aa... aku sungguh minta maaf.
semalam qiyam untuk tingkatan 3,4 & 5. kami didedahkan kepada tarbiyah dzatiyah. ah-ha. biasanya, kita terlibat dengan tarbiyah jama'iyah. program-program yang selalu kita pergi itu adalah tarbiyah jama'iyah. tarbiyah dzatiyah pula ialah memberi tumpuan kepada diri sendiri lebih daripada kepada orang lain. memang yang itu yang penting dahulu. kenapa? kerana, kita perlu ubah diri kita dahulu baru kita boleh nak menasihatkan orang. itu adalah salah satu kepentingan tarbiyah dzatiyah. jadi, kita perlu terapkan tarbiyah dzatiyah sekarang! pada pandangan aku, tarbiyah dzatiyah adalah penting kepada mereka yang menjadi pemimpin. he. tak nak bahas panjang-panjang.
kemudian, jadikan peperiksaan, bagi aku; SPM itu wasilah bukan ghoyah! ingat-ingat selalu hal ini wahai diriku. Allah ghoyatuna. ^-^
aku tukar layout hari ini. hehe. hari tu beria kata nak bergelap sampai tiba masa es-pi-em itu. tapi hari ni rasa tak suka gelap. gelap itu negatif. jadi, terapkan nilai positif! warna putih adalah positif. ok.
hari Ahad nanti bermula Ujian Penilaian 2 SPM 2008. 2 baru? Big Smile

080803 : BM 1 + 2
080804 : BI 1 + 2
080805 : Physics 1 + 2 + 3
080806 : Maths 1 + 2
080807 : Chemistry 1 + 2 + 3
080810 : Add Maths 1 + 2 + Bio 3
080811 : BAT 2 + 1 + Bio 1
080812 : PSI 2 + Bio 2 + PSI 1
080813 : PQS + EST 1 + 2
080814 : Sej 2 + Hafazan/Tajwid + Sej 1

SELAMAT BERMUJAHADAH SEMUA!

Posted at 09:51 pm by sufiyyah
(2) oRchiDs bLoOmEd  




Next Page



sufiyyah
Female
anywhere-I-want


   





<< September 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30





! L0okiNg gLaSs ! looking glass - native deen

! s0ng foR sch0ol stud3nt !






Ingatlah semua wahai insan
janganlah abaikan perintah Tuhan
beramallah sebelum kita terlambat
agar tidak menyesal di Akhirat

sedarlah kita semua hidup di dunia
cuma pinjaman buat sementara
kita hanya perlu bersedia
ajalkan datang tak tentu masa

Dunia kian menuju kemusnahan
ia tak kan kekal berpanjangan
bersedialah kita di dunia
di Akhirat nanti akan bahagia

kasih sayangnya ALLAH tidak terkira
buat hamba-NYA tak kira bangsa
melimpahkan rahmat semua hamba-NYA
bersyukur pada-NYA janganlah lupa

Tuntutlah ilmu wahai insan
buat penyuluh waktu kegelapan
manusia hilang adab dan sopan
menuntut ilmu mereka lalaikan

Ingatlah semua wahai insan
janglah asyik mengejar kemewahan
apabila mati semua ditinggalkan
amal kebajikan sebagai bekalan

bertaubatlah selalu kepada Tuhan
dengan doa jua keikhlasan
Husnul Khatimah jadi impian
semoga Tuhan memperkenankan


Lirik:Megat Abd. Manan Idrus
Lagu:Aminuddin Sani
Solo:Syed Ismail Jamaluddin & Mohd. Sobri Abdullah







^^ my platinum garden ^^
- friendster -


ღ famiLy ღ
..:: Reflection for Perfection ::..
..:: kembara memburu syahid ::..
..:: tentang pemuda ::..
..:: welcome to her life ::..
..:: a simple life ::..
..:: place of knowledgement ::..
..:: advancer a good girl ::..
..:: life is beautiful ::..
..:: mencari lebih banyak ilmu ::..
..:: a student ::..


@ persinggahanku @
~AR zephyr~
~rebena~
~pJah~
~kindaichim~
~maestro rindu~
~infazety~
~khazinatul asrar~
~Paradigm~
~dijose~
~muhannad~
~nureeman~
~muhamad Azamin~
~da7crownies~
~international pirates~
~when tulips bloom~
~along~
~for The Heart~
~miss Fuza~
~mexme~
~bluegreen~
~mckey~
~keyrana~
~alexumar~
~hureel ain~
~baeM~
~tinTa hariaN~
~intel chaliph~
~ikut suka dia~
~karya mahfuz~
~Aya,Aliya,AKD2~
~miSs ieKa beaN~
~lil khalifah~
~mersik~
~ira didi~
~person 91~
~yonna's blurbs~
~yuRiX~
~Apabila Orang Kidal Menulis....~
~Sindiket Sol-Jah~
~13May~
~::armani::~
~Layth bin Muthanna~
~~~Amos No Es Amor~~~
~Things About Me & People Around Me~
~rukes imprint~
~tariqziad~
~eviL geniUs~
~peroxide~
~usrah~
~Sejenak bersama...~
~:. no need to know .:~



~* MENARIK *~
JIM
Alwan Comics
Komik
Satu Perkongsian
The Dawn Will Cut The Dark



~layan <3
++ R.A.D.H.A ++
++ kasih seharum lavender ++
++ 5 tahun 5 bulan ++
++ helena ++
++ bukan itik biasa ++
++ percayalah... ++
++ teja's lair ++
++ melarik enigma ++
++ mungkinkah terjadi ++
++ cinta seorang dhiya ++
++ pelangi dimatamu ++
++ mengapa ada rahsia ++
++ anthem ++
++ rooftop rant ++
++ schubert's serenade ++
++ cinta si gadis bisu ++
++ surat ungu untuk Nuha ++
++ inikah cinta ++
++ kalimah cinta ++
++ cinta sang pari-pari ++
++ kisah seorang limau nipis ++
++ baitm ++
++ mengapa dirindu?? ++
++ darul hana' ++
++ Seandainya ++
++ MMSD ++
++ Ku Petik Bintang ++
++ Mass~ Once upon the time.. ++
++ Kenangan Terindah ++



free web counter
free web counter


Site Meter









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: